rumpai laut

Sunday, February 19, 2006

masalah rumpai laut dan penyelesaiannya

1. Di serang ikan dan penyu
Masalah:
Selalunya kawasan tanaman rumpai laut secara pancang dan yang tidak rapat mengalami serangan ikan belais dan penyu.
Penyelesaian:
Bagi mengelakkan ancaman penyu jaring-jaring (anti – turtle net) perlu digunakan.

2. Di serang penyakit ais-ais
Masalah:
Sejenis penyakit akan menyerang rumpai laut pada musim perantaraan angin utara dan selatan (Aprril-Jun) yang dikenali sebagai Ais-ais. Angin kurang bertiup menyebabkan air kab;u;t dan kotor.
Keputihan terjadi pada tanting-rantindg rumpai laut dan proses fotosintesis tidak dapat berlaku di bahagian yang dijangkiti.
Penyelesaian:
Tanaman dikeringkan dan dipindahkan seketika sehingga angin selatan mula bertiup.

3. Di serang penyakit Epiphytes
Masalah:
Seperti Ais-ais, Epiphytes juga disebabkan leh keadaan cuaca. Lapisan halus seperti bulu akan terjadi dpada pucuk dan ranting rumpair.
Penyelesaian:
Tidak ada cara lain selain dari memotong, membuang bahagian yang dijangkiti, mengeringkan rumpai laut dan menanam semula agar penyakit tidak membiak.

4. Ledakan Algae
Masalah:
Lumut hijau akan membantutkan tumbesaran rumpair laut. Jika dibiarkan terlalu lama lumut-lumut ini mungkin akan merebak menjangkiti kayu pancang dan rakit.
Penyelesaian:
Selalu bersihkan kawasan tanaman rumpai dan bahagian air di sekelilingnya.

rumpai laut


Rumpai laut dari spesies Eucheuma adalah satu jenis tumbuhan liar yang banyak terdapat dilaut tenang di perairan Malaysia Timur khususnya di perairan Negeri Sabah. Kajian sains mendapati kandungan rumpai laut ini amatlah berguna dalam banyak proses kimia dan bioteknologi. Eucheuma cottonii dan Eucheuma spinosum adalah dua spesies rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesies ini ialah E. spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala E. cottonii tidak.

Secara amnya terdapat 3 kaedah penanaman, bagaimana kaedah-kaedah ini bergantung kepada keadaan persekitaran dan peruntukan kewangan pengusaha-pengusaha.

1. Staking
Penanaman Secara Pancang (Staking) – separa rakit
Penanaman secara ini adalah sesuai untuk kawasan yang agak cetek aiitu kurang 1.5 meter.
Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya bibit-bibit rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi.
.
2. Semi -floating
Penanaman Secara Separuh Terapung (Semi – Floating)
Penanaman secara ini paling sesuai dikawasan peraran kedalaman 11-3meter.
Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya bibit-bibit rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi.

3. Penanaman Secara Rakit (Raft / Floating)
Kaedah ini juga sesuai bagi kawasan perairan kedalaman 1-3 meter.
2 batang kayu yang boleh terapung iaitu 2 unit pelampung panjang diapungkan di permukaan air di dua penjuru. Kayu/pelampung diapuangkan di permukaan air di dua penjuru. Kayu/pelampung ini diikat ke sauh di dasar laut supaya kedudukannya kukuh. Seterusnya tali-tali diikat merentasi kedua-dua kayu/pelampung dan akhirnya bibit-bibit diikat pada tali-tali tersebut.

Amalan Mengikat Bibit Rumpair Laut:
1. Ikatan rumpai laut haruslah stabil selalunya pada dahan yang besar dan kuat.
2. Ikatan haruslah jangan terlalu ketat atau longgar untuk ruang tumbesaran.
3. Kaedah Penjagaan Kawasan Penanaman
4. Pemakanan bentuk seperti tapak sulaiman harus dibuang.
5. Tanam semula rumpai laut yang telah rosak atau hilang.
6. Jangan biarkan ianya terlalu besar melebihi 3.5 kg.
7. Tuai yang kurang sihat dan gantikan dengan yang baru.
8. Baiki pancang dan tali yang rosak.
9. Selalu bersihkan tanaman dari lumut dan kotoran laut.

Tuaian Rumpai Laut:
1. Tempoh tanaman biasanya mengambil masa 60 hari
2. Ketika matang berat rumpai laut matang boleh mencapai 2 kg/bibit.
3. Tempoh yang sesuai untuk tuaian adalah di pagi hari di mana keadaan cuaca tidak begitu panas.
4. Semasa mengangkut rumpai laut ketempat penjemuran, pastikan rumpairlaut sentiasa ditutup dan dijirus air laut.
5. Pengeringan rumpai laut biasanya dibuat di bawah sinaran matahari.
6. Pengeringan rumpai laut dibuat sehingga kandungan air (moisture) dalam rumpai laut mencapai 15%.